Friday 2 May 2014

'Nila' Setitik

Salam Alaikum,
Alhamdulillah kali ini telah diberi kesempatan untuk post something..setelah sekian lama blog ni kesunyian...
Oh ye..ada sesiapa yang tak tau apa itu 'ujala'...alahh..budak asrama femes la dengan benda ni...alaaaa yang biru2 kan baju tu...nila ke niler...hahhaa..tau kannn
Waktu cuti sem haritu..duk pi cuci baju..baju kaler oren ungu biru hitam...hahaha...tapi ibu kata jangan campur baju putih nnt lekat warna lain sekali...pastu ibu pesan jangan lupa cuci baju putih jugak...okay then.. 
Tengah duduk2 me'nila' baju..teringat pulak cikgu bm kat sekolah dlu tentang pepatah melayu kita..."kerana nila setitik..rosak susu sebelanga"... pehh 'HEBAT' nya 'nila' ni..tapi bukan ke kalau dalam pepatah melayu 'nila' ni akan merosakkan susu SELURUHNYA...tapi keadaan yang tengah aku lakukan ni berlainan dengan apa pepatah melayu tu.

Actually, bukan nak merosakkan pepatah melayu tu..tapi keadaan ini berbeza...sebab "kerana nila setitik..biru baju SELURUHNYA" HEBAT betul penangan nila ni.. 
Keadaan yang berbeza menyebabkan nila ni dipandang 'HEBAT' ataupun HEBAT...kalau diberi setitik nila ni pada susu..habis rosak susu tu..tapi kalau diletakkan setitik nila tu pada air untuk baju..terus biru baju tersebut...
Pengaruh pada setitik nila itu tersendiri untuk menjadikan HEBAT  nya nila itu dalam kelompok nya...atau menjadikan HEBAT yang sebenarnya pada yang sekelilingnya..Terpulang pada setiap individu yang akan memperngaruhi sekeliling mereka dengan menjadikan dirinya hebat pada segi negatif nya ataupun hebat dari segi positifnya..yang secara tidak langsung keran SETITIK itu tadi memberi impak negatif pada sekelilingnya ataupun positif di sekellilingnya..fikirkan~~

Seorang kawan saya penah bercerita satu cerita..sorang budak ni..dia hndk berdakwah..then dia pun berdakwah, mulanya pada keluarga dia..lepastu kawan2 dia..tapi macam xjadi..tapi..budak ini tetap xputus asa..dia tetap nak berdakwah jugak..jadi dia berdakwah pada masyarakat sekeliling dia..tapi tetap xdapat jugak...dan dia tetap xputus asa...jadi dia terus berdakwah untuk negeri dia dan negara dia..tapi masih gagal..jadi budak ni pun berfikir balik..
Ahhhh...baru dia tahu akan kesalahan dia...yang dia lupa utuk berdakwah untuk diri dia sendiri..in syaa allah kalau ubah diri kita dahulu..in syaa allah sekeliling kita akan berubah...

P/S : Jadilah kamu nila yang setitik yang mendatangkan kbaikan pada sekeliling kamu..bukan memudaratkan sekeliling kamu..:)
Sedikit perkongsian yang xseberapa ni..semoga terinspirasi kerana islam dan rabbNya..in syaa allah..wallahua'lam bisawwab.
 

 

No comments:

Post a Comment