Thursday 6 December 2012

Hawa Dengar Ni

Assalamualaikum..
Nak citer pasal pokok ni..ciri2 pokok ni...ermm...tak tinggi..comel jgak..ade kat bwah kaki je..slalu di lihat tapi..MALU

 Jadi tajuk hari ni berkaitan dengan  'POHON SEMALU' atau saya panggil pohon 'assalamualaikum' ( hehe ) ...ada suatu kisah yang nak dikongsi dengan sahabat2 terutamanya akhawat..
 Berkenaan kisah Rasulullah s.a.w bersama puterinya yang tercinta berkenaan POHON SEMALU dan keseinambungannya dengan wanita..mungkin ramai yang dah tahu. .anggaplah ini sebagai 1 peringatan yang baru..buat yang belum tahu..alhamdulillah dapat ilmu yang baru .semoga ada manfaatnya buat kita semua ^_^
 kisahnya begini ....
 Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.Setibanya mereka berdua di bawah sebatang Pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah
Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawa pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya)

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi.Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil
So, mulai hari ni ayuh wanita-wanita solehah sekalian, jadilah seperti pohon semalu yang akan malu sema-malunya pada tempatnya, yang sentiasa mempertahankan maruah dan harga diri dan pandai menjaga diri.
(khas untuk renungan bersama)
 pohon semalu = perempuan / akhowat

No comments:

Post a Comment