Tuesday 13 August 2013

Kata Hati = Hati yang Cakap

Salam Alaik
Dalam hidup mesti ada pilihan..dan kita mesti membuat keputusan..Dan itulah benda yang paling aku benci nak buat..
Tak kesah la dalam apa jua bentuk.."Nak pakai baju warna apa ah esok?" "Nak pergi ke tak nak?" "Perlu cakap ke tidak?"- (tu pun susah nak buat keputusan)..sedar tak sedar kita akan buat keputusan jugak cuma...adaakah keputusan yang kita buat ni betul ke tidak...kan kan kan..
Ok nak cerita laah sikit..hari tu pegi beraya..jumpe lah pak cik sedara ni..kitorang tanya (sepupu aku ngan kakak aku yang tanya *aku ni malas bkk mulut sikit..cehh) camne nak hilang stress? *sory agak lari tajuk sikit* pak cik pun jawab..ape nak distress kan..hidup kat dunia ni mudah..mati je abis hidup kat dunia ni.. 
stress tu jadi sebenarnya qarin kita lebih kuat dari ruh kita..
Cumaa~~ hidup kat akhirat tu susah kita tak mati2..ermm kalo nak hilangkan stress tips nyer.. lepas habis solat fardhu sujud balik, baca alfatihah 21 kali AT LEAST.. in syaa allah hilang stress tu..stress tu jadi sebenarnya qarin kita lebih kuat dari ruh kita..

Pastu ade pulak la sape bukak cite pasal Qarin.. pak cik tu tanya aku bertiga.."camne nak beza kan Ruh dan Qarin? hah camne?"..ermm..aah.. krikik..krikik.. .....*muka blur + bunyi cengkerik*
Ah lambatlah korang ni..*aku cakap dalam hati je..cehh bajet tau je ape jwpannya* Ruh ni fitrah dia baik..dan dia ni muslim even orang kafir cina india dorg pnye ruh sume islam..sebab sebelum masuk alam ruh kita sume dah mengucap kalimah syahadah di hadapan Allah..cume diorang yang bkan islam ni dibesarkan dengan agama2 tersebut ..
*sory lah lambat nak masuk tajuk sebenar* Pak cik aku ni pun cakap lagi..Qarin pulak dia ni waktu kita lahir je kat dunia dia pun lahir sama..dan semua qarin ini adalah kafir..cuma qarin rasulullah sahaja yang islam*hebat betul nabi aku ni*..so kita ke tajuk sebenar..
Korang selalukan nak buat keputusan pastu hati korang ni selalu akan bercakap...haa...orang panggil KATA HATI..ermm..okay kita bagi situasi la ek..ok korang nampak ada sorang pak cik buta kat pasar tengah mintak sedekah..
kata hati 1 - "nak bagi 10 ringgit la kat pak cik tu"
tak sampai lima saat tiba-tiba ada lagi kata hati lain cakap
kata hati 2 - "eh top-up dah nak abes "

ha lepas tu ada lagi kata hati 3,4 dan seterusnnya yang akan bercakap..so nak dijadikan cerita lah kan..ok kata hati 1 tu adalah ruh..fitrah nya baik..bila datang kata hati 2 pulak itu adalah qarin..yang sememangnya jahat..mengajak kita ke arah lain dengan kata hati 1..so bile ada kata hati 3,4 dan seterusnya ialah nafsu..nafsu ni akan ikut qarin..mendorong kita semua ke arah kurang baik maybe..
So aku terpikir abes camne nak buat keputusan kalau jadi camtu(kata hati selalu cakap)..hey kawan..ape guna akal yang membezakan kamu dengan makhluk yang lain...bende yang special gifted from our Highness..so gunalah akal untuk membuat keputusan..antara suggestion yang diberi(kata-kata hati kamu) tu..pilihlah yag terbaik..
Sory post ni melelong lelong skit..tapi aku harap sesapa yang baca post ni dapat membantu korang dalam mmbuat keputusan dengan lebih telus..sebab nak buat kepuusan mmg payah..sbb nak ditanggungnya kita bukan orang lain..tapi setiap keputusan yang dibuat harapnya dah buat dengan ijtihad dengan Allah..bincang ibu bapa *khas untuk keputusan yang besar2 la ek* yang penting tak menyusah kan orang lain.. okay till here..Salam

 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment